Saturday, July 10, 2010

REMPIT!

salam

semalam tertengok rancangan 999 kat tv3. biasanya tak minat sgt tgk rancangan 999 ni. bukan apa, terlalu 'murah' la dari segi kualiti siasatan. kononnya siasatan la tapi, sumer dok cari jalan mudah. tak abis2 pasal seks. tiap2 kali rancangan 999, mesti pasal seks. every week mesti ada stori pasal polis pegi serbu rumah2 pelacuran.....emmm not that its not good, tetapi i strongly believe that malaysia ni ada banyak sangat lagi masalah2 sosial lain yg perlu diberikan perhatian.




mentang2 la sex ni laku, so wartawan pun cari jalan mudah. citer je pasal seks, of course rating penonton akan naik. tapi, what about kualiti siasatan, kualiti kewartawanan itu sendiri. kalau citer pasal serbu rumah2 pelacuran ni, apa la yg nak difikirkan sangat. ikut je polis and bawak kamera satu. ha dapat la gambar2 perempuan separuh bogel dok tutup muka lepas malu kena t
angkap. so cheap!

anyway, i am not going to talk about sex. yg tu dah malas nak cakap, rancangan 999 ni dah jadi mcm suratkhabar harian metro gak. cari jalan mudah. very low quality of journalism, taking the malaysians for granted. apa yg nak dibicarakan kali ini adalah tentang mat rempit. the second part of yesterday's 999 was on masalah mat rempit di terengganu. what triggers me to write about this is that i am puzzled why we still have not resolved this issue?



i mean terang2 kita tau yg masalah rempit ni dah jadi semakin serius and that rempit membawa kita kepada pelbagai masalah sosial yg lain seperti seks bebas, dadah, arak, rokok, ragut, penganggguran, gangsterism, jenayah dan sebagainya. so kita nak tunggu apa ye utk dapat kan solution to this issue. takkan kita terus nak wait and see? what the f***. nak tunggu apa? kucing bertanduk ka?

masalah rempit ni dah terlalu lama sangat berlaku dalam negara kita ni. masalah rempit ini bukan sahaja berlaku di kalangan belia yang tinggal di bandar malah juga ke atas belia yang tinggal di desa. in fact, i think it is even more serious for those yg tinggal di luar bandar. so, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. adakah pihak penguatkuasa? adakah ibubapa patut dipersalahkan? adakah remaja itu sendiri patut dipersalahkan? adakah pihak kerajaan yang patut dipersalahkan?




tapi yang sedihnya tu, dalam kita cuba untuk membendung masalah rempit ni, kita juga tanpa kita sedar, mengagumkan mat2 rempit ini melalui filem2 yg kita persembahkan. so far, dah banyak movie yg menggambarkan mat2 rempit ni mcm gila2 remaja (1984), Ali Setan (1985), Litar Kasih (1996), KL Menjerit (2002) dan REMP-IT (2006) dan yang terbaru is Adnan Sempit (2010). Oleh kerana mereka ini terlalu diagungkan dan dipromosikan melalui media, maka budaya REMPIT ini dah menjadi satu kebanggaan bagi golongan belia kita.

entah la....malaysia ni selalu mcm ni. terlalu lemah, terlalu takut nak buat keputusan, terlalu banyak sangat diplomasi. kalau terang2 benda tu dah salah, nak tunggu apa lagi. buat je la undang2 yg very clear utk totally hapuskan masalah rempit ni. bagi polis hak utk tangkap mat2 rempit ni. boleh tembak ke, ala bukan la tembak dengan peluru betul tu. tapi bagi diorang jatuh masa merempit tu. biar la diorang accident pun pedulik apa. motor2 diorang tu kasi bakar. nama2 diorang bagi kuar kat newspaper, termasuk mak bapak diorang pun sama gak, kalau anak2 yg di bawah umur 18 tahun ke, ha mak bapak diorang pun sama gak kena saman and kena masuk court, and nama and muka kuar paper. tak perlu lagi nak berbincang, tak perlu nak ada forum2 or nak berdiskusi. treat masalah rempit ni as a jenayah and a crime. no tolak ansur!



there is one thing i learn recently, and the weird part is that i learn it from GLEE. there was one episode, the evil Sue Sylvester cakap, dengan golongan remaja, kita gunakan kekerasan sebab golongan remaja ni will only respond to that. jgn sesekali berlembut dengan golongan remaja, becoz they will take advantage. from us. they see that as a weakness. the bottom line is, dengan remaja, kita bagi arahan. NO DISCUSSION! NO DIPLOMACY! seriously, i think she is right. we are being too nice sampai orang pijak kepala kita. so masalah rempit yg dah terlalu lama ni tolonglah do something concrete.

ok la ....thats it for now i think. nak cakap pasal masalah rempit ni pun rasanya berjam2 takkan abis. enuf talking. enuf diplomacy. its time for action.

til next time, see ya.

Saturday, June 26, 2010

Tian Chua still MP - tabik judge!


salam

dah lama tak update blog huhu....has been a bit busy with my new job....kinda hectic gak la. but of course it is not an excuse rite...anyway, lets go straight to today's story. i have been wanting to write about this issue, tapi baru berkesempatan ari ni. that is pasal MP Tian Chua. i really tabik the decision made by the judge, that is, in order to avoid another by election, he decided that MP Batu tersebut didenda RM2000, for what he did three years ago.


i know what he did 3 years back is wrong, definitely. tapi what more important are consequences pada judge punya result. kalau more than rm2k, then most probably dia ilang title MP, which will force malaysians to live another by-election....seriously, dah baper by-election since the last general election kan. enuf arrrr.....and i totally agree with the judge, it is a waste of rakyat money. tabik arrr to Hakim Ghazali Cha, this is definitely a true separation of powers. i like!in case tak tau what was this issue of MP Batu, Tian Chua, here are some excerpts of the news taken from thestar online...



Pada 17 Jun 2010 yang lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu. Namun mahkamah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan. Ekoran keputusan tersebut, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, 47, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen. Hakim Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.



"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama. Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar.”

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan. Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah. Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.


Tian Chua didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.


Sunday, June 6, 2010

Dr. Rozmey = Syok Sendiri



salam

kali ni nak cakap pasal Dr. Rozmey....sape tu? ala takkan tak kenal kot. ari2 dok promote diri sendiri tu. i believe ramai dah tau or terpaksa tau since ari2 kuar kat radio, yang this Dr. Rozmey dah buat movie bertajuk 2 Alam. kalau nak ikut seperti yang digembur2 kan, movie 2 Alam dia ni dijadualkan kuar kat panggung on 27 mei 2010. tapi ari ni dah 6 june ye, still takde apa pun. iklan bukan main kat radio tu ha ari2 sampai sakit telinga dengar. tapi mana movie nye?



well, actually to be honest, mula2 tu rasa mcm curious jugak nak tau citer apa ni. tapi now rasa mcm meluat pun ada. muak dok dengar kat radio and media elektronik / cetak pasal dr. rozmey and movie 2 alam dia ni. sebuk la dok citer yg movie dia bagus la, movie dia lain dari yg lain la, org lain tak pandai buat movie la, 2 alam dia ni fenomena baru la eiiiii nak muntah. baru 1st time buat movie tapi berlagak mcm dah produce 100 movies. aku rasa steven spielberg pun tak cakap mcm dia ni.

so confirm la, aku mmg takkan pi tgk movie 2 alam ni. well kalau kuar la kan. sebab aku dengar mcm ada masalah je nak kuar kat panggung. tak lepas dari Lembaga Penapisan Filem negara ke apa ntah. well kata nya dia tak tertakluk kepada wajib tayang since dia tak guna duit finas. something like that la. so bila movie dia nak kuar tu terpulang pada panggung, dia diskus sendiri mcm tu la. emmmmm......dengar2 poster movie 2 alam ni pun ciplak dari movie lain, ha caner tu?




and jangan tak tau. dia target 12 juta yeeee.....ha amik kau. so far, movie yg paling tinggi kutipan is adnan sempit with rm7 juta. si dr. rozmey ni target is rm12 juta. hebat tak? kata la average harga tiket wayang is rm10, so kalau rm12 juta tu kira 1.2 juta org akan pi tgk wayang citer dia ni. ha amik ko. berangan tak? tak tau la aku dia ni....nak kata tak cerdik, doktor pakar sakit puan pulak. tapi bila bercakap tu mcm tak cerdik pun ada. whatever it is, style bisnes dia mmg over la. dia promote movie dia sama mcm dia dok promote produk slim jus mate dia tu. OVER!

jangan tak tau, ari tu dia kuar kat radio sinar dok citer pasal konsert yg dia nak buat kat alor setar kot nak promosi movie 2 alam dia ni. and target sampai 120,000 org datang tgk konsert dia boleh tak? and yg bestnye konsert tu tak jadi, dibatalkan pasal katanya polis tak bagi permit. and dia ni yg dgn confidentnya cakap yg polis takot ramai sgt org datang, polis tak dapat nak provide security, so terpaksa la batal konsert. giler tak? syok sendiri betul.....




to me, promosi iklan sumer tu mmg la penting. it is marketing. lagi byk u promote, lagi byk exposure tentang produk u tu, of course org akan jadi curious untuk beli. tetapi bila dah over exposed, people will get menyampah. as for me, bukan tahap menyampah lagi dah. kalau boleh nak ban movie ni dengan dr. rozmey ni sendiri. buat sakit mata je. kot lawa takpe, ni muka sememeh jer plus with that rambut yg mcm mop tu aiyoooo......

eh letih la cakap pasal dia ni. aku rasa dia ni suka kot org cakap pasal dia. syok sendiri tahap tinggi gila. mmg dah takleh ubat kot. in fact, i might be doing him a favour with this entry on him huhu....gila glamer sangat2. ada mental problem kot....lantak ko la. asal ko bahagia. anyway, gud luck la to sapa2 yg nak tgk movie 2 alam dia ni. as for me, no tengkiu.

c ya....


Saturday, May 29, 2010

Harian Metro = majalah lucah

salam

RAHSIA ADIK MANJA: Cuma RM5 satu kepala - bayar RM5 atau beri syabu. Itu syarat keji tiga remaja panas yang dikesan sanggup membiarkan tubuh dijamah lelaki asalkan apa yang dihajati dapat dipenuhi....

Bayi jadi sasaran - seorang wanita yang dituduh mencuri telefon mengamuk dengan mencampak bayinya sebelum memijak kanak-kanak itu.....

Bukan sengaja - "Saya mohon maaf di atas keterlanjuran saya berpakaian pada malam itu", kata pelakon jelita Rozita Che Wan....

Ini adalah antara tajuk berita2 utama dalam Harian Metro pada hari ini, Ahad 30 Mei 2010. In case you haven't noticed, all the headlines in Harian Metro mesti berkaitan dengan samada seks, artis2 terlampau ataupun cerita2 sensasi.




Korang perasan tak yang harga suratkhabar Harian Metro ni dah naik gila babi. Kalau tak silap dulu masa Harian Metro mula2 keluar, harganya was RM1 je. But now harga senaskah Harian Metro is RM1.80 okay...it is very expensive and wayyyy more expensive than Berita Harian, Utusan, NST or TheStar.

I mean kenapa harga Harian Metro ni jadi mahal sgt? Macam mana harga Harian Metro ni naik mcm ni sekali? Jawapan nye senang jer. Sebab orang Malaysia ni (melayu la mostly pasal rasanya org melayu yg baca Metro) dah ketagih seks. Harian Metro ni pulak hari2 mesti tajuk utama dia pasal seks. And of course for harga RM1.80, pastu boleh baca pasal seks, of course la org beli. Macam beli novel lucah la lebih kurang.



Kalau nak diikutkan dari segi kualiti journalism, rasanya memang mcm langit dengan bumi la kalau nak bandingkan Harian Metro dengan NST or TheStar. Kalau beli NST tu, boleh baca mcm2 jenis penulisan berkualiti....just name it, u have academic issues, world issues, local issues, economic issues as well as on entertainment. Baru la bila bayar tu rasa mcm worth it.

Actually in a weird kinda way, Harian Metro is promoting sex to the public. U can easily sell ur paper because sex is like a drug. People get addicted - they always want more. However, how about moral? Is it morally ok to do this? What about the newspaper's social responsibility? Of course the paper wants to sell more and more in order to get untung but then don't u think promoting sex openly to the public is morally and ethically wrong?




Personally I feel that the authorities need to have a look at Harian Metro. They should not be allowed to promote sex openly mcm ni - well of course we can always argue that they are not. That what they are doing is just purely reporting on moral issues in Malaysia but I am certain that in a strange way, Harian Metro is promoting sex. It seems like mcm takde control plak newspapers boleh buat sesuka hati.....

Anyway, that is my thought of the day....dah lama gak tak update since laptop rosak huhu...okie dokie....till next time...

c ya....


Wednesday, May 19, 2010

nadzmi salleh BAM - letak jawatan pls!

salam

korang ada baca paper tak ari ni? banyak stories pasal badminton especially on the recently concluded piala thomas. pelbagai pandangan dikemukakan oleh mcm2 pihak. tapi yang paling best ialah dari president BAM sendiri, datuk nadzmi salleh. meh la aku copy paste sedikit sedutan apa dia cakap dari website msn sendiri ni....

KUALA LUMPUR - Serius untuk mencari punca kegagalan skuad negara pada Piala Thomas minggu lalu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd. Nadzmi Salleh sendiri akan turun padang untuk bertemu semua pemain dan jurulatih kebangsaan minggu ini.

Pertemuan tersebut adalah untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai apa sebenarnya yang berlaku sehingga mendorong kita kalah teruk 0-3 kepada China pada separuh akhir. Malah, pasukan negara sebelum itu turut diaibkan dengan kekalahan 2-3 kepada Jepun di peringkat kumpulan, tetapi menebusnya dengan menumpaskan Denmark 3-2 pada suku akhir.



"Presiden sendiri mahu bertemu dengan semua pemain dan jurulatih untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka mengenai apa sebenarnya berlaku pada Piala Thomas lalu. BAM mengakui kelemahan terbesar kami adalah terlalu bergantung kepada pemain-pemain utama seperti (Datuk) Lee Chong Wei dan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Apabila kedua-dua pemain ini gagal, maka seluruh pasukan akan gagal."

BAM dikritik kerana masih bergantung kepada sentuhan orang lama seperti Wong Choong Hann dan Muhammad Hafiz Hashim, disebabkan kelompok pemain pelapis seperti Tan Chun Seang, Chan Kwong Beng, Chong Wei Feng atau Liew Daren belum mencapai standard yang diharapkan.

my comments: pelik bin ajaib. presiden turun padang tuuuuu....fuyoooo piiiiraahhhh.... ko ingat ko president barack obama ke. ko tu presiden persatuan badminton laaaa....of course la kena turun padang. bodo ya amat. nampak sgt sebelum ni tak penah turun padang or tak penah amik tau kot perkembangan badminton.....since dia president, dok kat atas je silang kaki. peles la... mcm ni punya orang pun ada.....



nampak sgt la takde maruah and takde rasa tanggungjawab langsung dia ni. ko tu ketua. bila something tak betul, of course la ko yg patut dipersalahkan. presiden BAM la sepatutnya merancang dan memastikan kemenangan skuad badminton negara. so bila dah kalah tu, tak reti2 ke??? ko dah memalukan the whole country. berambus la tunggu apa lagi aiyooooo..... aku rasa kalau kat china or jepun, even kat europe sekali pun, confirm akan letak jawatan. ni dgn rasa bangga dan tanpa rasa bersalah tuuuu.....PRESIDEN AKAN TURUN PADANG! ptuihhh..... gila muka tebal tak tau malu langsung. nak muntah aku rasa....

and aku rasa stori ni saja diwujudkan. dia nak turun padang ni saja je pasal nak tutup stori pasal setiausaha kehormat BAM ganga rao yg dihentikan tanpa notis tu. semalam ada stori pasal ni. BAM takde pulak bagi any respon pasal benda ni. last2 kuar citer pasal nadzmi nak turun padang plak. aik motip??? aiyooo banyak sungguh politik. mcm mana la sukan nak maju....letihhhh

tak payah la nak post mortem bagai....senang je solution nye. org2 kat atas tu kasi tukar. nak berpolitik je keje nye. bukan nye tau pasal badminton pun. dah malukan negara pun still tak reti2 bahasa...enuf2 la tu. malaysians are not that stupid okay, so cukup2 la tu ye.....letih la org2 mcm ni....

c ya....


Thursday, May 6, 2010

sexual depression...


salam

this is my second entry on this issue. and yes this issue is something i take seriously and will try to explain as much as i could. just heard this morning over the radio that a baby was found floating in Sg Klang. well, just one line of that unfortunate baby was mentioned in the news. how life has become so cheap....too sad.

A study was carried out by the Swinburne University of Technology in Melbourne, Australia on people who visit online sex sites discover that they have "alarmingly high" rates of depression, anxiety and stress. More than 27 percent of them were moderate to severely depressed on the standard scales. Another 30 percent had high levels of anxiety and 35 per cent were moderately to severely stressed. Apparently the more they engaged in online sexual activity, the higher their level of depression and anxiety was.




ha tak depressed macam mana nyer....yer la dok tgk sex sana sini tapi nak buat tak dapat. it is exactly the situation kat malaysia ni ha. takyah bukak tv or masuk internet pun, beli je newspaper especially kosmo atau harian metro tu. tak abis2 pasal seks....nak jual paper punya pasal, everyday punya headline tajuk kat cover depan tu mesti pasal seks. then kat tv lak ada rancangan polis tu 999, tak abis2 pasal pelacuran. ye la tu yg org suka tgk, ha tu la diorang dok tayang ulang2.




i totally understand why people are depressed sexually in malaysia. ye la nak buat, tak dapat, tak boleh. larangan agama la, undang2, budaya etc. tapi ari2 kat mana2 dok kena suap ngan seks. lama2 of course la orang jadi depressed. tengok je tapi tak dapat buat. letih la kan. last2 rogol anak, rogol cucu, sex luar nikah, buang bayi, etc....

i mean u have to choose la nak apa. kalau betul2 taknak society kita ni jadi sexually liberal, then u have to control our access to sex ni. kena betul2 censor the internet, the media tv newspapers magazine etc. jgn bagi org senang2 nak dapat akses kepada sex content. bila org tak dapat nak akses kepada benda2 seks ni, then kepala otak diorang takde la pikir nak buat seks. tapi kalau betul nak jadi liberal and open, ha then kena la educate the people the right ways to do thing, kena la ajar sex education kat teenagers tu, so takde la diorang nak mengandung anak luar nikah bagai....




i think malaysia ni ada dilema la. sexual dilemma.....nak jadi open, nak jadi liberal, nak jadi negara maju tapi at the same time nak preserve our traditional ways of life, our religion, our values of the society. nak buat dua2 tu at the same time. tapi masalahnya kena la cari the right balance because you cannot have both. mana boleh nak jadi liberal tapi at the same time nak jaga agama n budaya.

rasa macam nak buat appointment dgn menteri shahrizat jalil je. nak bagi briefing sket kat kementerian pembangunan wanita dan masyarakat tu. tapi nak ke dia layan aku huhu. emmm takpe la aku antar dia emel je la share my thoughts, that is the best i could do. ok la enuf of this subject matter. macam dah panjang sgt plak rasa sampai dua entry. ok til next time.

c ya.

malaysians are sexually depressed!


salam

ada dua cerita kat paper ari ni yg membuatkan kepala otak ni berpikir.....apa la nak jadi ngan malaysia ni. dua berita tersebut adalah:

1. seorang penoreh getah dihukum penjara 13 tahun kerana bersalah meliwat anaknya yg ketika itu baru berumur 9 tahun.
2. seorang gadis sekolah menengah berumur 16 tahun melahirkan anak luar nikah di dalam tandas di sebuah klinik di terengganu.

citer2 pasal seks kat malaysia ni mcm dah jadi satu norm pulak, benda biasa....and i think that is very worrying. we should really sit down and study this thing, why this things like rogol, mengandung luar nikah, seks rambang, buang bayi, lesbian, gay, bapa rogol anak, datuk rogol cucu, ehh macam2 lagi la....



kita kena seriously kaji benda ni. kenapa benda ni berlaku, kenapa benda ni semakin menjadi serius. apa patut kita buat to stop this....we can't let this continue ruining our society. imagine apa akan jadi pada mereka semua ni. yg kena rogol akan trauma the whole life, yg merogol pulak kena penjara sah2 la makin rosak berkawan ngan segala bentuk penjenayah dalam tu, yg mengandung anak luar nikah pula kena buang family, etc etc etc....segala bentuk masalah sosial la akan terus meningkat......

to me, what is happening in our country can be called as "sexual depression". it refers to a situation bila seseorang tu tak dapat seks because of certain reasons and they get depressed. in the end, they will break the law and end up doing stupid things like rogol anak sendiri.

ye la kat malaysia ni seks adalah mudah sgt untuk dapat. masuk je internet tu ha, cari jer macam2 ada. yg melayu, yg omputih, sumer ada. kat televisyen kita pun sama gak, dok tayang pompuan2 seksi, scene bercinta bercium bagai mcm dah takde censor, handphone pulak la ni dah canggih2. macam2 video and gambar seks org dok mms and kongsi. so u see, sex is so easy to find.

tetapi at the same time, kita ni dilarang oleh agama, oleh budaya, oleh undang2 untuk buat sesuka ati. nak sex, well u have to get married. sex luar nikah sebelum kawin tu sah2 la tak boleh. not acceptable in our society, or even allowed by the religion. gay, lesbian no no no out of question.

tapi tak pelik ke. makin kita larang, makin banyak dan makin berleluasa pulak benda2 ni berlaku. something must be wrong somewhere. this is what i mean by "sexual depression". our society is sexually depressed. sex is put upon their face 24/7, it's easily available and accessible in malaysia. but you can only see, but you cannot take part. of course la people will get depressed. tengok je tapi tak dapat. of course la lambat laun they will be tempted. and we end up with all these problems i.e. rogol, sex luar nikah, etc....

aku nak sambung lagi pasal benda ni tapi mata dah ngantuk. i will try to say more about this in my next entry. ok la til next time.

c ya.