Tuesday, April 27, 2010

Polis tembak remaja 15 tahun.....who to blame?

salam

gigih tak...second entry of the day....padahal keje sendiri tak siap2 lagi ni. bukan apa, just tgk news tadi and baca paper gak pasal benda ni. tu yg ada few things yg agak tak puas ati. before anything, let me copy paste some info of the incident from Bernama as follows:

SHAH ALAM, 26 April — Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.

Kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan. Anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek.Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.

yg kat atas tu adalah kata2 dari pihak polis....well kira the official statement la. but from what we can see kat news tadi and of course bila kita pikir sendiri, guna otak kita ni....peles laaa....banyak sgt benda yg tak berapa kena dalam isu ni. nak terus tuduh2 tak boleh pulak but apa kata tulis fakta2 yg terlibat:

1. budak lelaki remaja tu umur 15 tahun, takde lesen kete....kalau aku la, bila ada roadblock, aku pun lari, tol tak...tapi perlu ke sampai nak tembak?
2. kata ada 2 org, tapi kenapa jumpa 1 parang jer ekkk.....
3. salah ke bawak parang dalam kete? ntah2 dia nak pegi berkebun ke...
4. kenapa polis perlu tembak? suspek takde melawan....so, kalau suspek tak melawan, kenapa perlu tembak?
5. kalau betul tembak tayar, kenapa budak tu kena tembak kat kepala? (yg ni aku tak pasti)
6. kenapa tembak sampai 4 kali? takkan tak nampak kot budak yg bawak kete tu...
7. kenapa tak kejar? kenapa tembak?

ini antara persoalan2 yg bermain di fikiran....dalam keadaan apa sebenarnya yg membolehkan polis menembak suspek....adakah menembak suspek tu adalah langkah pertama yang diambil? kalau suspek tak bersenjata, perlu ke tembak? from what i can see here, polis2 yg menembak tu telah menyalahguna kuasa...nak try test power kot pi tembak2 orang...ingat ni kat US ke apa...sesuka ati nak tembak orang... anak orang tu yg ko tembak....

kita tunggu je la apa keputusan siasatan but aku tak yakin polis akan dedahkan kalau ada apa2 yg tak kena....apa2 pun, my condolences to the family of arwah yg kena tembak tu. al-fatihah.

c ya....

No comments:

Post a Comment