Monday, April 26, 2010

nafkah anak-anak ibu bapa yg bercerai.....


salam

apabila berkahwin, semuanya indah semuanya seronok. kalau tak takkan la sampai digelar raja sehari dan diraikan dalam majlis perkahwinan yang gilang gemilang. awal-awal di dalam kehidupan berumahtangga, boleh kata ibarat honeymoon hari-hari. kalau sehari tak jumpa macam setahun lamanya merindu. most of the time dok dalam bilik tidur, kalau boleh tak nak kuar2, taknak pi kerja. ha itulah indahnya alam perkahwinan....well, allow me to correct, bukan alam perkahwinan tapi pada awal-awal perkahwinan yer....

masa mula2 kahwin biasa la, sumer nyer indah kan....normal la tu...abis je bulan madu and masuk bulan ke-5, dah rasa lain macam. asyik nak bergaduh jer....ada jer benda yang tak kena. ha time tu baru la masing2 'tunjuk belang'....orang kata "show their true colours". most people say that the first two years of the marriage is the most difficult period. kata orang lar....tak tau la betul ke tak. sebab time tu la masing2 baru nak kenal the real hati budi org yg kita kawin tu. ye la time bercinta memang la sumer nyer manis. nampak yg elok2 jer. kentut pun wangi agaknye. ha bila dah kawin, kena dok serumah makan tido sekali, ha baru ko tau indah ke tak. baru la tau "isk tido berdengkur rupanya"..."isk tak reti masak rupanya"....ha caner tu.....




anyway, panjang pulak introduction ni. sebenarnya nak cakap pasal perceraian and more precisely pasal nasib and nafkah anak-anak kepada ibubapa yg bercerai ni. well kalau dah tak serasi and dah cuba sedaya upaya utk mempertahankan perkahwinan, kalau tak ok jugak nak buat caner kan. nak paksa2 pun takleh gak. dah tak suka and dah tak sayang, macam mana nak dok serumah lagi. most people say kena berkorban utk anak2, well it's easy to say lar...cakap memang senang. kalau dah tak suka and in fact worse kalau dah benci, mcm mana nak dok serumah and apatah lagi kalau kena tido sekatil, isk isk i have to say it is not easy ok. silap2 boleh jadi gila kot....

so kalau dah tak boleh nak hidup bersama tu, berpisah la cara baik. anggap la jodoh tak panjang. tak perlu la nak gaduh2 ke apa. tambah plak kalau ada anak-anak bersama, of course akan kena berjumpa lagi dan berhubung demi anak2 pasal mcm2 benda....hal sekolah la, hal kesihatan, hal perkahwinan, hal masa depan anak2 dan mcm2 lar......hubungan suami isteri tu mmg la boleh putus kan, tapi hubungan anak-anak dengan mak dan ayah tak akan putus. so untuk memudahkan urusan2 begini la, ibu bapa yang bercerai perlu bersikap professional. tak perlu ada rasa dendam ke apa, ataupun hasad dengki ke....dah takde jodoh kan nak buat mcm mana.....yg penting now is masa depan anak-anak tu....pasal tempat tinggal diorang, persekolahan, kebajikan, kesihatan.... isk isk macam2 lagi la....

seringkali kita dengar rungutan bekas2 isteri yang telah diceraikan tentang perihal bapa yang tidak memberi nafkah kepada anak-anak.....most of the times, ibu yang akan menjaga anak2 selepas bercerai. bapa diarahkan oleh Mahkamah Syariah untuk memberi nafkah belanja untuk anak2. tapi malangnya kes bapa yang tidak memberi nafkah untuk anak2 mmg sgt banyak. mcm dah jadi lumrah pulak si ibu yg akan bersusah payah mencari duit untuk membesarkan anak2 sedangkan bapa tak ambil peduli and even worse kawin lain, dapat anak lain dan tak ambil tahu langsung perihal kebajikan anak2 dengan isteri lama.

kita tahu bahawa adalah menjadi satu kewajipan kepada si ayah untuk memberi nafkah kepada anak2. refer la kepada mana2 undang2 syariah sekalipun, refer la kepada ayat al-quran sekalipun, akan tetap menyatakan bahawa seorang bapa wajib memberi nafkah kepada anak2 nya. seksyen 73 enakmen undang2 keluarga islam (negeri selangor) memperuntukan bahawa adalah menjadi kewajipan seorang lelaki menanggung nafkah anaknya, samada anak itu dibawah jagaannya atau dalam jagaan seseorang yang lain dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya.



yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa banyak sgt kes2 bapa yang tidak ambil peduli ttg nafkah anak2....kita kata ada undang2 itu ini tentang hal ini, tapi kenapa bapa2 yg tak bayar nafkah anak2 ni boleh buat sesuka hati je....boleh terlepas begitu sahaja....kalau betul ada undang2, maknanya orang yg tidak respect undang2 ni sepatutnya boleh diambil tindakan. tapi hakikatnya mmg terlalu ramai ibu tunggal di luar sana yang membesarkan anak2 sendiri tanpa nafkah dan bantuan dari bekas suami. kenapa benda ni boleh berlaku. kenapa kita tidak tegas tentang perkara ini. minta si bapa bagi nafkah kat anak2 ni dah macam kena minta sedekah la pulak....padahal mmg tanggungjawab dia...

i mean we cannot take this issue for granted because the implication is very big to the society. and yg menjadi mangsanya ialah ibu2 tunggal dan anak2 pasangan bercerai. we are actually giving the green light for men to do whatever they like because the law is not there to punish them if they do wrong. they can go on and pretend they are not responsible for their children and the law will not do anything against them. if they say they don't have money utk bayar nafkah anak2, then lepas mcm tu jer.....frankly speaking this is just ridiculous. sepatutnya pihak berkuasa kena lebih tegas dan berlaku adil kepada semua pihak. bapa2 tak boleh bebas tak bayar nafkah anak2 selepas bercerai. nak besarkan anak2 memerlukan belanja yang besar....kesian kepada ibu2 tunggal yg terpaksa membesarkan anak2 sendiri dan kesian juga kepada nasib anak2 yang hak mereka tidak dibela ini.

tapi macam mana kita nak make sure supaya bapa2 tidak lari daripada tanggungjawab mereka memberi nafkah ni. bagi nafkah untuk membesarkan anak2 ni sepatutnya la satu benda yang normal, yg tak perlu nak paksa2. golongan bapa sepatutnya kena ada rasa tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak2....mcm pelik la pulak nak kena paksa2. pandai buat anak, pandai la jaga dan besarkan ye.....sepatutnya kita kena lebih tegas dalam hal ini. kalau perlu tindakan undang2 or perlu masukkan diorang ni dalam penjara, well i say go ahead. takpun ketatkan syarat untuk diorang ni kawin lain. ye la, kawin lain mampu pulak, bayar nafkah anak takde duit pulak, mcm mana tu....biar kita bagi pengajaran kepada golongan bapa2 yg tidak bertanggungjawab di luar sana tu supaya jangan buat sesuka hati. because we are being too kind sebab tu la hal ini semakin berleluasa dan bapa2 yg tidak bertanggungjawab ni boleh buat sesuka hati.

kalau nak ikutkan, ada banyak benda nak cakap pasal undang-undang syariah ni. mmg la satu fakta yg tidak dapat dinafikan.....golongan wanita sering teraniaya dan tidak terbela. too sad. the syariah law is too bias towards men. sering menyebelahi lelaki. well, its not a surprise since yg membuat undang2 syariah ni pun golongan lelaki jugak....so no wonder la kan. but i think things are getting better now. we are seeing improvement in syariah laws towards taking into account the welfare of the wives and children....tapi tak semua negeri la....yg tgk ada perubahan kepada membela nasib wanita adalah undang2 syariah di negeri selangor....di kebanyakan negeri lain masih lagi di takut lama....entah bila akan berubah pun tak tau la....

so itu lah isu hari ini....nafkah anak2 kepada ibu bapa yg bercerai....kalau nak ikut syariah law mmg la mcm nothing much could be done....i wonder samada org islam boleh ikut undang2 civil. emmm.....it is my wish that the authorities be more strict on this issue...i pray for that to happen. ok la...that is all for this time...

c ya....


No comments:

Post a Comment