Wednesday, May 19, 2010

nadzmi salleh BAM - letak jawatan pls!

salam

korang ada baca paper tak ari ni? banyak stories pasal badminton especially on the recently concluded piala thomas. pelbagai pandangan dikemukakan oleh mcm2 pihak. tapi yang paling best ialah dari president BAM sendiri, datuk nadzmi salleh. meh la aku copy paste sedikit sedutan apa dia cakap dari website msn sendiri ni....

KUALA LUMPUR - Serius untuk mencari punca kegagalan skuad negara pada Piala Thomas minggu lalu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd. Nadzmi Salleh sendiri akan turun padang untuk bertemu semua pemain dan jurulatih kebangsaan minggu ini.

Pertemuan tersebut adalah untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai apa sebenarnya yang berlaku sehingga mendorong kita kalah teruk 0-3 kepada China pada separuh akhir. Malah, pasukan negara sebelum itu turut diaibkan dengan kekalahan 2-3 kepada Jepun di peringkat kumpulan, tetapi menebusnya dengan menumpaskan Denmark 3-2 pada suku akhir.



"Presiden sendiri mahu bertemu dengan semua pemain dan jurulatih untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka mengenai apa sebenarnya berlaku pada Piala Thomas lalu. BAM mengakui kelemahan terbesar kami adalah terlalu bergantung kepada pemain-pemain utama seperti (Datuk) Lee Chong Wei dan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Apabila kedua-dua pemain ini gagal, maka seluruh pasukan akan gagal."

BAM dikritik kerana masih bergantung kepada sentuhan orang lama seperti Wong Choong Hann dan Muhammad Hafiz Hashim, disebabkan kelompok pemain pelapis seperti Tan Chun Seang, Chan Kwong Beng, Chong Wei Feng atau Liew Daren belum mencapai standard yang diharapkan.

my comments: pelik bin ajaib. presiden turun padang tuuuuu....fuyoooo piiiiraahhhh.... ko ingat ko president barack obama ke. ko tu presiden persatuan badminton laaaa....of course la kena turun padang. bodo ya amat. nampak sgt sebelum ni tak penah turun padang or tak penah amik tau kot perkembangan badminton.....since dia president, dok kat atas je silang kaki. peles la... mcm ni punya orang pun ada.....



nampak sgt la takde maruah and takde rasa tanggungjawab langsung dia ni. ko tu ketua. bila something tak betul, of course la ko yg patut dipersalahkan. presiden BAM la sepatutnya merancang dan memastikan kemenangan skuad badminton negara. so bila dah kalah tu, tak reti2 ke??? ko dah memalukan the whole country. berambus la tunggu apa lagi aiyooooo..... aku rasa kalau kat china or jepun, even kat europe sekali pun, confirm akan letak jawatan. ni dgn rasa bangga dan tanpa rasa bersalah tuuuu.....PRESIDEN AKAN TURUN PADANG! ptuihhh..... gila muka tebal tak tau malu langsung. nak muntah aku rasa....

and aku rasa stori ni saja diwujudkan. dia nak turun padang ni saja je pasal nak tutup stori pasal setiausaha kehormat BAM ganga rao yg dihentikan tanpa notis tu. semalam ada stori pasal ni. BAM takde pulak bagi any respon pasal benda ni. last2 kuar citer pasal nadzmi nak turun padang plak. aik motip??? aiyooo banyak sungguh politik. mcm mana la sukan nak maju....letihhhh

tak payah la nak post mortem bagai....senang je solution nye. org2 kat atas tu kasi tukar. nak berpolitik je keje nye. bukan nye tau pasal badminton pun. dah malukan negara pun still tak reti2 bahasa...enuf2 la tu. malaysians are not that stupid okay, so cukup2 la tu ye.....letih la org2 mcm ni....

c ya....


No comments:

Post a Comment