Saturday, June 26, 2010

Tian Chua still MP - tabik judge!


salam

dah lama tak update blog huhu....has been a bit busy with my new job....kinda hectic gak la. but of course it is not an excuse rite...anyway, lets go straight to today's story. i have been wanting to write about this issue, tapi baru berkesempatan ari ni. that is pasal MP Tian Chua. i really tabik the decision made by the judge, that is, in order to avoid another by election, he decided that MP Batu tersebut didenda RM2000, for what he did three years ago.


i know what he did 3 years back is wrong, definitely. tapi what more important are consequences pada judge punya result. kalau more than rm2k, then most probably dia ilang title MP, which will force malaysians to live another by-election....seriously, dah baper by-election since the last general election kan. enuf arrrr.....and i totally agree with the judge, it is a waste of rakyat money. tabik arrr to Hakim Ghazali Cha, this is definitely a true separation of powers. i like!in case tak tau what was this issue of MP Batu, Tian Chua, here are some excerpts of the news taken from thestar online...



Pada 17 Jun 2010 yang lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu. Namun mahkamah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan. Ekoran keputusan tersebut, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, 47, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen. Hakim Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.



"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama. Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar.”

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan. Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah. Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.


Tian Chua didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment